LINUS


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LINUS LITERASI DAN NUMERASI DI SEKOLAH

Linus mula dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia pada tahun 2010. Perlaksanaan Linus ini untuk membantu pelajar yang lemah supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran terutamanya dalam mengenali huruf dan tahu membaca serta mengenali nombor dan mengetahui fakta asas Matematik. Linus terbahagi kepada dua iaitu literasi dan numerasi. Literasi berkaitan dengan bahasa Melayu dan Numerasi berkaitan dengan Matematik. P&P Linus ini melibatkan semua pelajar pada awalnya. Selepas menduduki saringan pelajar-pelajar ini akan dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu murid Perdana, Pemulihan Linus dan Linus Tegar. Dalam blog ini, saya akan bercerita lebih banyak tentang Numerasi sebab saya terlibat secara langsung dengan Numerasi pelajar tahun 2 iaitu kohort 1 Program Linus konstruk 11 dan 12. 


12 KONSTRUK LITERASI DAN NUMERASI

Dalam p&p Linus untuk numerasi, terdapat 12 konstruk yang perlu dikuasai oleh pelajar. Untuk melepasi Tegar Linus pelajar perlu menguasai konstruk 1 dan 2. Pelajar yang tergolong dalam kumpulan Pemulihan Linus pula ialah mereka yang menguasai konstruk 1 dan 2 serta mana-mana konstruk 3 hingga 10. Bagi pelajar Perdana pula, mereka mestilah menguasai konstruk 1 hingga 10 serta mana-mana konstruk 11 dan 12.