VIDEO

Aktiviti Hibur Didik dalam pengajaran LINUS numerasi. Dalam aktiviti ini kami guru-guru LINUS telah diperkenalkan dengan cara untuk menarik minat murid LINUS dalam p&p. Saya rasa kaedah nyanyian ini amat berkesan, apabila saya mempraktiknya di dalam kelas LINUS murid-murid LINUS mudah ingat dengan nama hari dan susunan hari yang betul dalam seminggu. Saya juga ada mencuba untuk nama-nama bulan dan hasilnya amat membanggakan. Perkara yang amat menggembirakan saya, anak-anak ini mahu terlibat dengan aktif dalam p&p tanpa perasaan malu sedangkan sebelum ini mereka terlalu pasif dalam kelas.



Aktiviti LINUS Literasi iaitu Permainan Menyambung Kad Huruf dan Permainan Dadu Suku Kata. Aktiviti ini amat menyeronokkan murid-murid LINUS jika diberi peluang untuk melakukan sesuatu aktiviti. Mereka diberi peluang untuk lebih mengenali huruf-huruf dan susunan yang betul. Aktiviti ini amat berfaedah kerana akan memantapkan lagi daya ingatan murid LINUS dengan susunan, bentuk dan rupa huruf. Permainan Dadu Suku Kata dilaksanakan dengan membaling dua kotak dadu yang mengandungi suku kata kemudian mencantum suku kata tersebut menjadi perkataan bermakna. Permainan ini boleh dijadikan satu pertandingan, di mana kumpulan yang paling banyak mengumpul perkataan bermakna dikira sebagai pemenang. Kita sebagai guru mesti sentiasa ingat, dengan memberi hadiah, kata-kata pujian dan kata-kata rangsangan dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dalam berhadapan dengan rakan-rakan lain.

Aktiviti Menyusun Nombor Mengikut Tertib Menaik atau Menurun. Aktiviti ini dilaksanakan dengan membahagi murid-murid LINUS kepada dua kumpulan. Kemudian mereka akan disuruh mencari nombor secara rawak mengikut arahan yang diberi oleh guru. Dalam aktiviti ini, anak-anak ini secara tidak langsung diajar bekerjasama dalam kumpulan.