RPH LINUS

RPH LINUS NUMERASI

Unit dan Tajuk : Unit 1 : Nombor Bulat Hingga 100

Unit                 : 1.1 Menyebut nombor hingga 100
                               Mengenal pasti angka hingga 100

Hasil pembelajaran : Murid berupaya :
                               1) Menyebut nombor hingga 100
                               2) Mengenal pasti angka hingga 100

Bahan Bantu Mengajar : Petak 100 bersaiz besar, Petak 100 dan Pen Maker

Perbendaharaan Kata : nombor, angka, bilang dan mengikut urutan

Langkah-langkah pengajaran :

1)Lekatkan Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Sebut dan tunjukkan nombor '21' hingga '100' mengikut urutan. Minta murid menyebutnya bersama-sama.

2) Sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid membilang daripada nombor tersebut mengikut urutan tanpa merujuk Petak 100.

     Soal jawab:
           Pejamkan mata kamu.
           Sebutkan nombor ... (sebutkan suatu nombor)
           hingga nombor ... (sebutkan suatu nombor yang lebih besar)


3) Ulangi langkah 2 dengan siri nombor yang lain.

4) Tunjukkan pada suatu nombor pada Petak 100 secara rawak. Minta murid menyebut nombor tersebut.

5) Ulangi langkah 4 dengan nombor-nombor yang lain.

6) Edarkan Petak 100 dan pen maker kepada setiap murid.

7) Sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid membulatkan nombor tersebut pada Petak 100 masing-masing dan mempamerkannya.

8) Ulangi langkah 7 dengan nombor-nombor yang lain.

9) Edarkan Lembaran Kerja 1.1.


REFLEKSI

Semasa mengadakan sesi pembelajaran dan pengajaran LINUS, saya dapat memerhatikan anak-anak istimewa ini telah berani untuk mencuba  melakukan sesuatu aktiviti dalam p&p. Mereka berasa yakin walaupun masih berlaku kesalahan semasa melakukan aktiviti tersebut. Ini merupakan suatu peningkatan yang positif kerana melalui p&p dapat menimbulkan keyakinan dan keberanian diri mereka untuk mencuba melakukan sesuatu. Anak-anak istimewa ini dapat membentuk keyakinan diri dan membuang rasa rendah diri yang menyebabkan mereka rasa tersisih semasa sesi p&p. Saya menggunakan pendekatan ansur maju untuk membantu anak-anak ini dalam mengenali nombor hingga 100. Walaupun begitu masih ada lagi anak-anak ini tidak mengenali nombor dan tidak tahu menyebut nombor dengan betul. Misalnya nombor 29 disebut sebagai 'Dua Sembilan' dan bukannya 'Dua Puluh Sembilan'. Masalah ini sekiranya tidak dibendung dari awal akan menimbulkan masalah apabila anak-anak ini melangkah ke tahap dua. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah menggunakan pendekatan numerasi secara pembelajaran masteri  di mana murid yang belaum dapat menguasai sesuatu kemahiran perlu diajar semula, khususnya untuk membetulkan ketidakfahaman mereka. Walau bagaimanapun, pengajaran semula ini harus menggunakan strategi yang berbeza dari pengajaran sebelumnya untuk meningkatkan keseronokkan anak-anak ini belajar. Kita sebagai guru mesti faham anak-anak tidak dilahirkan sama daripada segi fizikal dan mental. Tugas kita adalah untuk membantu mereka agar tidak  merasa terpinggir dan dipinggir sebab anak-anak ini tidak minta dilahirkan begini.







RPH LINUS LITERASI


Tema : Persekitaran Saya

Unit : 1. Membaca dan Menulis Perkataan Suku Kata Terbuka KV+KV, KV+KV+KV, KVK, dan    
             Gabungan Suku Kata Tertutup dan Terbuka KVK+KV dan KVKK+KV

Kemahiran : 2.0 Membina dan menulis perkataan
                   2.1 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV.

Hasil pembelajaran : pada akhir pembelajaran murid dapat:
                               1) membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan mencerakin perkataan
                                   perkataan kepada suku kata dan huruf dengan betul.
                               2) membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dengan betul
                                   serta tulisan yang betul.

Bahan Bantu mengajar : Kad Gambar, Kad Suku Kata, Kad Perkataan dan Permainan Kotak Ajaib.

Langkah-langkah Pengajaran :

1) Guru menyebut dan mencerakinkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV berdasarkan
    gambar.

2) Guru mengeja dan membaca perkataan pada kad perkataan yang bergrid. Guru meminta murid mengeja
    dan membaca secara individu, berpasangan atau kumpulan kecil.

3) Guru meminta murid membina perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV berpandukan
    gambar.

4) Murid melakukan latihan menulis perkataan tersebut dengan bimbingan guru.

5) Guru melaksanakan latihan pengukuhan melalui pelbagai aktiviti seperti:
     * suaikan gambar dengan perkataan.
     * lengkapkan suku kata menjadi perkataan.
     * mencari perkataan tersembunyi dalam kotak ajaib.

6) Murid melakukan latihan membina dan menulis frasa dan ayat yang ada perkataan suku kata terbuka
    KV+KV.




REFLEKSI

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran LINUS literasi pada hari ini amat menyeronokkan anak-anak istimewa ini. Mereka begitu seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Saya akan memikirkan cara penyampaian yang paling berkesan untuk murid-murid ini. Saya sentiasa ingat bahawa murid yang mengikuti program ini ialah murid yang memerlukan perhatian yang lebih khusus. Bagi membolehkan mereka berminat dalam pembelajaran, aktiviti mestilah disampaikan dengan menggunakan pendekatan yang menarik. Saya menggunakan Konsep didik hibur melalui permainan dan penggunaan bahan yang menarik supaya dapat menarik minat murid untuk belajar. Saya mesti mempelbagaikan kaedah dan teknik untuk menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan anak-anak terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa jemu dan bosan. Pengorbanan besar seorang guru LINUS untuk anak-anak istimewa ini ialah mereka pandai membaca dan memahami apa yang mereka baca.